VISI

MENGUNGGULI INDUSTRI ASAS TANI DI SABAH
 

MISI

MEMBANTU KERAJAAN MENINGKATKAN PENGELUARAN MAKANAN, HASIL PERTANIAN DAN PENDAPATAN MASYARAKAT TANI
 
 

MATLAMAT

OBJEKTIF KPD dalam Enakmen Korporasi Pembangunan Desa 1981 :

  • Untuk membantu meningkatkan taraf hidup ekonomi dan sosial masyarakat luar bandar terutamanya yang miskin;
  • Untuk membantu meningkatkan keluaran pertanian dan mempercepatkan perkembangan industri yang berasaskan pertanian melalui pengurusan ladang moden dan komersil
  • Untuk membantu dan memajukan sekumpulan usahawan Bumiputra yang mahir dalam bidang pertanian dan khidmat sokongan yang berkaitan; dan
  • Mengekal dan menambah nilai bersih Korporasi keseluruhannya bagi sesuatu tempoh masa.

 

FUNGSI UTAMA

  • Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan perniagaan untuk masyarakat petani di luar bandar;
  • Menjalankan aktiviti pemprosesan dan pemasaran semua hasil keluaran KPD secara komersil;
  • Membuka ladang-ladang baru yang diusahakan secara perladangan kontrak dengan petani dan juga ladang milik KPD sendiri;
  • Mengusahakan dan melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan perindustrian yang berasaskan pertanian di dalam dan luar Negara; dan
  • Melakukan semua usaha serta tindakan yang diperlukan utnuk mencapai tujuan Korporasi.

 

STRATEGI-STRATEGI KPD

1.     Tingkatkan PENGELUARAN
Memperbesarkan skel operasi pengeluaran ladang milik sendiri dan ladang peserta kontrak.
 
2.     Optimakan JARINGANKERJA
Menjalin jaringan kerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dan pihak swasta dalam bidang penyelidikan dan pembangunan.
 
3.     Luaskan PEMASARAN
Penjenamaan semula dan mengeluarkan produk ditambah nilai tinggi untuk pasaran tempatan dan global, di samping meluaskan saiz pasaran bagi produk-produk hasil keluaran KPD.
 
4.     Mantapkan PERLADANGAN KONTRAK
Memantapkan program perladangan kontrak supaya dapat meningkatkan pendapatan para peserta serta membangunkan sekumpulan usahawan.
 
5.     Pelbagaikan PELABURAN
Mempelbagaikan pelaburan melalui usahasama dengan pihak swasta untuk memberangsangkan pertumbuhan ekonomi negeri.
 
6.     Mantapkan ORGANISASI
Penstrukturan semula organisasi untuk menyokong pencapaian pelan strategik.
 
7.     Murnikan NILAI & BUDAYA
Memantapkan budaya korporat dengan membudayakan nilai-nilai murni di kalangan wargakerja KPD.
 
8.    Kukuhkan KEWANGAN
Mengukuhkan kedudukan kewangan melalui aktiviti-aktiviti perniagaan yang dapat memberi pulangan pelaburan yang optima.
 
9.     Perkasakan SUMBER MANUSIA
Memantap dan memperkasakan modal insan supaya mampu memberikan kelebihan persiangan kepada KPD.
 
10.   Terapkan INOVASI & TEKNOLOGI
Mengoptimumkan inovasi dan penggunaan teknologi untuk menambah nilai produk keluaran KPD bagi menembusi pasaran eksport.
 
11.   Utamakan KELEBIHAN PERSAINGAN
Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan di mana KPD mempunyai kelebihan persaingan sedia ada.
 
 

PENGERTIAN LOGO KPD

  • Warna coklat keemasan melambangkan tanah subur yang bersesuaian untuk diterokai dengan aktiviti-aktiviti pertanian dan penternakan.
  • Warna Biru melambangkan keperluan bekalan air dalam membantu pembangunan sektor pertanian
  • Daun Berwarna Hijau menggambarkan penglibatan KPD dalam pembangunan pertanian yang menjadi teras kepada perniagaan KPD secara keseluruhannya. Perubahan warna daun-daun yang berperingkat merujuk kepada organisasi KPD yang bersifat dinamik, progresif, berwawasan dan komited untuk penambahbaikan berterusan organisasi.
  • Garisan Segiempat berwarna biru menunjukkan wujudnya kesepaduan dan keteguhan, semangat kerja berpasukan dan kesetiaan wargakerja dalam merealisasikan halatuju KPD.
  • Garisan Putih melambangkan wargakerja yang mendokong prinsip-prinsip keamanahan, ketelusan dan keterbukaan komunikasi serta mengamalkan nilai-nilai korporat yang murni.